Wednesday, March 26, 2008

Jati Diri Melayu Semakin Pudar

Sejak pilihanraya umum ke 12 yang lalu kedengaran suara di merata-merata di bandar dan di kampong mengenai sikap dan perangai orang-orang melayu termasuk pemimpin atasan yang mula menyerlahkan kelemahan bangsa dan agama sendiri. Kuasa politik melayu semakin berkurangan akibat perpecahan sesama sendiri.Perpaduan sesama agama dan bangsa mula di pertikaikan.Salah menyalah sesama sendiri seolah-olah hilang panduan dan pedoman.Akibatnya orang lain ambil kesempatan di saat kelemahan yang dicipta sendiri.Sedarlah wahai bangsaku yang seagama.Insaflah bahawa orang lain sedang memerhatikan apa yang sedang kita lakukan.Apa sahaja kelemahan dan kekurangan bangsa kita akan dijadikan senjata untuk kepentingan mereka.